Kaunter Pendaftaran Perkeso Dan Saringan Kesihatan
10 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 09 September 2026, NADI Felda Taib Andak bekerjasama dengan pihak PERKESO untuk membuka kaunter pendaftaran PERKESO dan pemeriksaan kesihatan kepada komuniti secara percuma.
Kuanter PERKESO ini menawarkan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) (RM70/Tahun - Kali Pertama): Untuk individu bekerja sendiri (formal/tidak formal, tiada had umur). Melindungi bencana pekerjaan semasa kerja serta pergi dan balik. Dan juga, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) (RM120/Tahun): Untuk wanita (bawah 55 tahun). Melindungi bencana domestik semasa urusan suri rumah dan penyakit/keuzuran.
Selain itu, NADI Felda Taib Andak telah menjalankan saringan kesihatan secara percuma kepada semua pengunjung yang hadir pada hari tersebut. Sambutan yang sangat menggalakkan dan meriah telah kami terima sepanjang program berlangsung.
Diharap akan lebih ramai lagi komuniti yang akan menyertai program bersama NADI Felda Taib Andak dan memberikan manfaat kepada mereka tidak kira peringkat umur serta mengeratkan lagi hubungan NADI bersama komuniti setempat terutamanya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: